Wednesday, March 17, 2010

Novel Terhangat Masakini....

Koleksi-koleksi novel yang sering mendapat tempat di hati pembaca.....

Novel Yang Terhangat

Penulis-penulis tanah air yang berbakat...

Novel Impian


Antara koleksi novel yang diminati ramai.....

Koleksi Novel

Koleksi-koleksi novel yang mesti dibaca....

Kepuasan Membeli Dan Memiliki

Sudah menjadi kelaziman,setiap bahan bacaan yang dibaca mahupun dimiliki pastinya akana dinilai tahap kepuasan dan nilai kualitinya.Bagi koleksi-koleksi novel yang telah saya langgani,saya amat berpuas hati dengan setiap hasil karya novelis tanah air kita yang sememangnya mempunyai kualiti yang tinggi dari segi penulisan dan jalan cerita serta pengajaran yang telah diketengahkan.

Selain itu, saya juga dapat merasai dan menjiwai watak-watak yang ditonjolkan melalui karya-karya penulisan mereka.Kehidupan insan lain turut dapat dirasai apabila kita membaca novel-novel ini secara tidak langsung.Hal ini amat berguna kepada kita untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan harian.

Kepuasan yang turut dapa dirasai apabila kita membeli dan memiliki novel-novel ini adalah kita pasti akan dapat membezakan setiap novel yang telah dibaca dan baru dibaca serta dapat menghayatinya setiap nilai-nilai yang telah diterapkan didalam karya penulisan tersebut dengan lebih baik dan mendalam.

Seterusnya,kita juga boleh mendapatkan input-input yang barlainan melalui pembacaan yang telah dibuat.Kita juga dapat menjadikan apa-apa yang telah dibaca sebagai inspirasi kepada diri sendiri untuk mencipta kemajuan yang berterusan dalam diri dan seluruh masyarakat.

Novel Yang Paling Digemari

Antara koleksi-koleksi novel yang amat saya minati adalah novel karya Damya Hanna yang bertajuk' Bicara Hati,'iaitu novel pertama karangan beliau.Saya amat meminati novel ini kerana kaedah plot dan penyampaian serta rentetan cerita yang telah dipersembahkan adalah bersesuaian dengan jiwa pembaca yang kazimnya memerlukan kelainan dalam setiap karya yang dibaca.

Disamping itu,novel ini juga turut diselitkan dengan nilai-nilai murni dan pengajaran yang amat berguna kepada golongan pembaca tanpa mengira peringkat usia.Menerusi novel ini, penulis telah memaparkan realiti kehidupan yang sebenar melalui watak-watak utamanya iaitu watak Tengku Syahran dan watak Zahlia,dimana mereka perlu melalui suka duka dalam kehidupan demi untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki.

Seterusnya,antara sebab lain mengapa saya amat meminati novel ini adalah kerana Damya Hanna sememangnya merupakan salah seorang penulis yang amat saya minati dan kagumi.Setiap novel keluran Alaf 21 karangan beliau pasti akan cuba saya dapatkan samada melaluo rakan-rakan mahupun membelinya sendiri.Hal ini kerana karya penulisan beliau adalah prolifik dan memberi kesan yang mendalam kepada setiap pembaca.

Cara Membeli dan Menyimpan

Terdapat beberapa cara untuk membeli novel-novel karya penulis-penulis tanah air.Antara cara-cara yang boleh digunakan adalah dengan cara membeli menggunakan khidmat wang pos,membeli secara langsung dan ada juga yang turut membuat langganan melalui talian Online.Namun,bagi para pelanggan yang tinggal berjauhan dariada tempat jualan,mereka kebanyakannya akan menggunakan khidmat Online ataupun khidmat wang pos.

Bagi golongan pelanggan yang tinggal berdekatan dengan pusat jualan,mereka lazimnya akan pergi sendiri ke pusat-pusat jualan tersebut untuk mendapatkan naskhah novel yang diingini bergantung pada citarasa masing-masing.

Sama seperti buku-buku yang lain,koleksi novel juga merupakan salah satu bahan yang perlu dijaga dan dilindungi daripada pelbagai gangguan samada makhluk perosak,mahupun bencana alam yang sering menjadi punca kerosakan kepada koleksi-koleksi novel kita.Koleksi novel sewajarnya disimpan di tempat yang tinggi dan bebas daripada anai-anai dan air hujan bagi menjamin mutu dan kualiti novel-novel tersebut secara berterusan. Antara tempat-termpat yang boleh digunakan untuk menyimpan novel-novel ini adalah seperti di dalam almari,rak-rak buku,di dalam bilik bacaan dan lain-lain.

Selain itu,para pemilik novel seharusnya membalut setiap koleksi novel kepunyaan mereka agar novel -novel tersebut akan dapat dilindungi daripada kebasahan apabila terjadinya kejadian cuaca buruk. Kanak-kanak juga turut menyumbang kepada kerosakan yang berlaku pada setiap koleksi novel kita.Pemilik-pemilik novel sewajarnya menjauhkan koleksi novel-novel meraka daripada pandangan mata kanak-kanak.Hal ini adalah amat penting bagi menghindari koleksi kita daripada mengalami sebarang jenis kerosakan.

Tuesday, March 16, 2010

Damya Hanna Penulis Kegemaranku


Ku tetap menanti
selagi ada asa

di sebalik
rindu yang tegar...

Petikan dari novel;Sepi Tanpa Cinta...


Damya Hanna merupakan anak ke-5 daripada 7 orang adik-beradik.Beliau telah dilahirkan pada 20 Oktober 1982 dan turut mendapat pendidikan di USM Bangi,Selangor dalam bidang perakaunan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Tahun 4.

Minat beliau dalam bidang penulisan bermula sejak beliau masih bersekolah lagi.Pada awalnya penyampaian karyanya hanya disampaikan kepada golongan kanak-kanak sahaja.Namun,kerana minat yang sentiasa membara dan berterusan dalam bidang ini,beliau kini telah berjaya menghasilkan beberapa buah novel.Antara novel-novel beliau yang popular adalah seperti BICARA HATI,SEPI TANPA CINTA dan SAAT CINTA BERSEMI.

Lebih membanggakan lagi,karya beliau yang bertajuk BICARA HATI telah berjaya mengangkat nama beliau seterusnya membuatkan karya-karya beliau telah diminati oleh ramai penggemar-penggemar novel tanah air.Selain itu,karya-karya beliau mudah mendapat tempat di hati pembaca kerana karya yang dihasilkan mempunyai kualiti yang telah diolah dan diketengahkan
telah berjaya memuaskan hati para pembaca.

Tambahan pula,Damya Hanna bukan sahaja hanya melibatkan diri dalam bidang ilmuan akauntan,malah turut bergiat dalam bidang penulisan dan mempunyai impian untuk menjadi akauntan dan penulis yang prolifik serta disenangi ramai pembaca.

Mari Berblog

Assalamualaikum...Laman blog ini bakal menceritakan tentang minat saya yang amat mendalam terhadap novel-novel karya penulis-penulis muda tanah air.Laman ini juga turut memuatkan latar belakang pengarang disamping memaparkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang amat berguna kepada para remaja yang lazimnya lebih gemar membuang masa mereka dengan sia-sia.Selain itu, laman ini turut memperingati remaja agar tidak mensia-siakan karya penulis-penulis tanah air agar karya ini tidak lapuk ditelan zaman.
Sekian,
Wassalam...
Thanks For Your Invites..