Wednesday, March 17, 2010

Cara Membeli dan Menyimpan

Terdapat beberapa cara untuk membeli novel-novel karya penulis-penulis tanah air.Antara cara-cara yang boleh digunakan adalah dengan cara membeli menggunakan khidmat wang pos,membeli secara langsung dan ada juga yang turut membuat langganan melalui talian Online.Namun,bagi para pelanggan yang tinggal berjauhan dariada tempat jualan,mereka kebanyakannya akan menggunakan khidmat Online ataupun khidmat wang pos.

Bagi golongan pelanggan yang tinggal berdekatan dengan pusat jualan,mereka lazimnya akan pergi sendiri ke pusat-pusat jualan tersebut untuk mendapatkan naskhah novel yang diingini bergantung pada citarasa masing-masing.

Sama seperti buku-buku yang lain,koleksi novel juga merupakan salah satu bahan yang perlu dijaga dan dilindungi daripada pelbagai gangguan samada makhluk perosak,mahupun bencana alam yang sering menjadi punca kerosakan kepada koleksi-koleksi novel kita.Koleksi novel sewajarnya disimpan di tempat yang tinggi dan bebas daripada anai-anai dan air hujan bagi menjamin mutu dan kualiti novel-novel tersebut secara berterusan. Antara tempat-termpat yang boleh digunakan untuk menyimpan novel-novel ini adalah seperti di dalam almari,rak-rak buku,di dalam bilik bacaan dan lain-lain.

Selain itu,para pemilik novel seharusnya membalut setiap koleksi novel kepunyaan mereka agar novel -novel tersebut akan dapat dilindungi daripada kebasahan apabila terjadinya kejadian cuaca buruk. Kanak-kanak juga turut menyumbang kepada kerosakan yang berlaku pada setiap koleksi novel kita.Pemilik-pemilik novel sewajarnya menjauhkan koleksi novel-novel meraka daripada pandangan mata kanak-kanak.Hal ini adalah amat penting bagi menghindari koleksi kita daripada mengalami sebarang jenis kerosakan.

No comments:

Post a Comment